Thursday, March 6

Memperkuat hati dengan iman, akal

Bersama YaPEIM:
Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia

Hawa nafsu didorong syaitan menzahirkan tingkah laku bertentangan hukum

UMUM mengetahui hati ibarat raja dalam diri manusia. Segala suruhan hati akan dipatuhi jasad. Jika hati kata mengantuk, mata dan seluruh anggota bersedia untuk tidur dan jika hati kata lapar, seluruh anggota tubuh bersedia mencari makanan. Itulah kuasa hati.

Benarlah sabda junjungan Nabi Muhammad SAW bermaksud:

“Di dalam tubuh manusia ada seketul darah. Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasad, namun apabila ia rosak, maka rosaklah keseluruhan jasad. Itulah hati.”

Hati yang baik akan menzahirkan tingkah laku yang baik, manakala hati jahat biasanya akan menzahirkan tingkah laku yang jahat. Kadang-kadang berlaku di mana hati yang jahat menzahirkan tingkah laku baik. Keadaan ini dinamakan sebagai nifaq (munafik).

Satu persoalan yang timbul, adakah di sana wujudnya hati yang baik, namun tingkah lakunya tidak baik? Memang wujud keadaan sebegini. Contohnya, seorang ahli terapi sedang menjalankan sesi rawatan tiba-tiba melompat ke atas meja dan berperangai seperti monyet.

Lalu dia bertanya kepada pesakitnya: “Adakah saya ini monyet?” Pesakitnya menjawab: “Tidak!” “Kenapa?” tanya ahli terapi kembali. “Ia kerana tuan bertindak sedemikian dengan sesuatu tujuan.”

Contoh ini menjelaskan bahawa hati yang baik mungkin dizahirkan dalam tingkah laku sebaliknya kerana ada sebab musababnya, seperti faktor paksaan atau menjadi mangsa kepada keadaan. Sebab itu dalam proses perundangan, latar belakang seseorang pesalah harus diambil kira sebelum sebarang penghakiman diberikan.

Di sebalik kekuasaan hati, umum mungkin tidak menyedari hati ibarat raja boneka. Boneka bermaksud hati hanya sekadar mengeluarkan arahan, namun arahan itu disediakan dan ditentukan penasihatnya terdiri daripada hawa dan nafsu jahat dan akal di sebelah pihak yang baik.

Konflik antara baik dan jahat adalah bersifat universal di mana ia wujud dalam semua agama dan ideologi. Dalam hati manusia, kedua-dua pihak ini bersaing untuk menguasai hati kerana dengan menguasai hati, hakikatnya mereka menguasai keseluruhan diri manusia.

Pihak baik diketuai akal, dipandu arah oleh ilmu dan makrifah, manakala di pihak jahat diketuai hawa dan nafsu yang didalangi musuh terbesar umat manusia iaitu syaitan. Hawa dan nafsu sebenarnya anugerah Allah (SWT) kepada manusia. Tanpa nafsu makan, manusia akan mati kelaparan dan tanpa nafsu farj, manusia akhirnya akan pupus.

Secara fitrahnya, kedua-dua unsur itu dijadikan Allah (SWT) untuk tunduk patuh kepada akal. Punca masalahnya ialah iblis yang bertindak mempengaruhi dan memanipulasi kedua-duanya demi kepentingan jahatnya.

Imam Al-Ghazali mengibaratkan hawa dan nafsu seperti pekerja yang sekali-sekala mendongak kepala melihat kepada tuannya. Apabila mendapati tuannya lalai, maka mereka bertindak menguasainya dan memperhambakannya. Maka jadilah akal manusia itu diperhambakan hawa nafsunya.

Berbalik kepada konflik tadi, cuba bayangkan hati ibarat satu bulatan. Pihak yang baik terzahir daripada tengah hati dalam bentuk cahaya yang menyinari keseluruhan hati. Cahaya itu disebut sebagai cahaya iman. Lebih kuat kuasa di pihak baik, maka makin kuatlah cahaya sehingga kadang-kadang cahayanya terpancar keluar pada wajah empunya hati itu.

Sementara pihak yang jahat pula menyerang daripada luar hati dalam bentuk kegelapan menghitam. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang menyatakan apabila seseorang melakukan dosa, satu titik hitam akan terbentuk di hatinya.

Rasanya pada ketika ini berapa banyak dosa yang kita sudah lakukan? Dengan senjata kegelapan tadi, hawa dan nafsu cuba menutupi lapisan hati supaya cahaya iman tidak dapat keluar. Bagi muslim yang peka dengan keadaan ini, mereka akan mengambil langkah memperkuatkan kembali cahaya iman tadi dengan menambah ilmu serta beramal.

Fenomena lemah dan kuatnya pancaran cahaya tadi menjelaskan keadaan di mana bertambah dan berkurangnya iman kita. Jika iman kita lemah, kita akan rasa berat untuk beramal, tetapi jika ia kuat, kita akan rasa ringan untuk beramal mendekatkan diri pada Allah (SWT).

Namun bagi hawa dan nafsu, sekali menguasai hati, mereka akan terus menguasainya. Mereka tidak akan memberi ruang kepada cahaya iman untuk kembali kuat. Segala usaha dilakukan dengan pertolongan syaitan melemahkan cahaya tadi seterusnya melenyapkan terus daripada hati.

Jika ini berlaku, maka malanglah bagi empunya hati itu kerana tiada yang lain dirasainya melainkan segalanya jahat belaka. Orang dengan ikhlas memberi nasihat, dianggap dengki dengannya. Hatinya ditutup Allah (SWT) seperti firman-Nya bermaksud:

“Allah (SWT) menutup hati-hati mereka.” (Surah al-Baqarah, ayat 7)

Ibarat tentera yang berjaya menawan kawasan pihak lawan, maka semua pos kawalan akan diambil alih, begitu jugalah apabila pihak jahat itu menguasai hati, mereka akan mengisi segenap ruang yang ada dengan bala tentera seperti hasad dengki, sombong, kedekut, malas, buruk sangka, dan segala macam sifat negatif.

Natijah daripada konflik rohani yang tidak bernoktah ini akan tampak pada tingkah laku kita. Jika pihak yang baik menang, hati akan menjadi baik lantaran memiliki penasihat yang baik, dan hati baik menzahirkan tingkah laku baik.

Demikian pula jika hati dikuasai pihak jahat, hati akan menjadi jahat, maka natijahnya adalah tingkah laku yang jahat juga. Hasil daripada konflik ini jugalah yang menentukan jenis nafsu yang ada pada kita sama ada nafsu tenang, nafsu mendesak kepada kejahatan dan nafsu yang menyalahkan diri.

Nafsu tenang terhasil apabila hati dikuasai pihak baik di mana hawa dan nafsu tunduk taat kepada arahan akal makrifah. Nafsu amarah dialami bila keadaan terjadi sebaliknya di mana hati dan akal dikuasai hawa nafsu.

Namun, bagi kebanyakan Muslim, keadaan hati mereka berubah-ubah. Kadang-kadang dikuasai iman dan ada kalanya dikuasai nafsu. Apabila hati dikuasai nafsu, kita pun melakukan dosa walaupun kita menyedarinya.

Apabila hati dikuasai iman semula, maka timbullah rasa bersalah. Dengan mengetahui hakikat hati, maka sewajarnya kita berusaha memastikan hati sentiasa dikuasai akal. Jangan kita biarkan ia diperkudakan nafsu. Kuasa dan pilihan di tangan kita dan ingatlah kita yang menentukan hala tuju perjalanan sama ada diredai Allah (SWT) atau sebaliknya.

INTIPATI

- Hati yang baik akan menzahirkan tingkah laku yang baik, hati jahat biasanya akan menzahirkan tingkah laku yang jahat, manakala hati yang jahat menzahirkan tingkah laku baik dinamakan munafiq.

- Pihak baik diketuai akal, dipandu arah oleh ilmu dan makrifah, manakala di pihak jahat diketuai hawa dan nafsu yang didalangi musuh terbesar umat manusia iaitu syaitan.

- Lebih kuat kuasa di pihak baik, sehingga kadang-kadang cahayanya terpancar keluar pada wajah empunya hati itu. Sementara pihak yang jahat pula membentuk kegelapan menghitam.

- Jika iman kita lemah, kita akan rasa berat untuk beramal, tetapi jika ia kuat, kita akan rasa ringan untuk beramal mendekatkan diri pada Allah (SWT).

- Nafsu tenang terhasil apabila hati dikuasai pihak baik di mana hawa dan nafsu tunduk taat kepada arahan akal makrifah. Nafsu amarah apabila hati dan akal dikuasai hawa nafsu.

- Dengan mengetahui hakikat hati, maka sewajarnya kita berusaha memastikan hati sentiasa dikuasai akal dan tidak membiarkan ia diperkudakan nafsu.


SUMBER:

Mutiara Hati*

Muslim beriman mesti akur ketentuan nasib

SEORANG kanak-kanak akan meminta apa saja yang disukai dan ibu yang penyayang pula menuruti saja kemahuan anak. Jiwa anak yang lemah, serba tidak mengetahui baik dan buruk sentiasa menuntut diberi kepuasan demi mententeramkan hawa nafsunya.

Cuba kaitkan kejadian ibu dan anak dengan keadaan diri kita sebagai hamba kepada Allah (SWT) SWT.

Kadang-kadang kita menghembus nafas panjang sambil mengeluh dan menyeksa diri jika apa kemahuan hati tidak diperoleh. Seperti anak kecil yang merajuk tidak dibelikan gula-gula. Dia tidak tahu makanan itu boleh merosakkan gigi.

Begitu pula halnya dengan hamba Allah (SWT) SWT. Ilmu yang ada pada akal mereka tidak sampai kepada ketinggian ilmu Allah (SWT) SWT. Apa yang hawa nafsu mereka kata sedap sebenarnya tidak menurut ilmu Allah (SWT) SWT.

Orang beriman hendaklah akur dengan kehendak Allah (SWT) SWT seraya berkata: “Kami mendengar dan kami taat”. Sebuah realisasi rasa keimanan yang menggugurkan segala pilihan manusia.

Mengapa kemahuan kita sering bertentangan dengan kehendak Allah (SWT) SWT? Pertama, ia menunjukkan ilmu manusia tidak mungkin menceroboh batas ilmu Allah (SWT) Taala. Setiap malam kita berdoa meminta hajat yang diidamkan tetapi tidak pernah hajat itu menjadi kenyataan.

Di sebalik pilihan Allah (SWT) SWT itu, ada hikmah yang tidak mungkin dicapai akal. Mungkin keadaan seperti sekarang ini lebih baik untuk agama dan akhirat kita. Jika semua yang kita mahu dapat dimiliki, boleh jadi kita akan mengalami kelalaian, takbur dan lupa diri sehingga memudaratkan agama kita.

Teori tokoh sains Islam terkenal, Profesor Harun Yahya mengenai sains yang menguatkan akidah menyatakan:

“Tidak ada sekecil apapun peristiwa dalam hidup ini terjadi secara kebetulan. Hidup dan nasib nampak kelihatan tidak teratur, misteri, hebat dan sebaliknya, namun setiap elemennya adalah sistem keteraturan daripada sebuah reka bentuk menyeluruh yang sempurna. Ini adalah fakta penciptaan yang tidak dapat disangkal.”

Semua yang terjadi pada diri kita adalah baik belaka kerana ia pilihan Allah (SWT) SWT yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita jalani. Siapakah kita yang mahu mempersoalkan kenapa Engkau tidak memakbulkan doaku wahai Tuhan?

Hal inilah yang membuatkan Nabi Ayub hanya memilih pendekatan bertasbih memuji Allah (SWT) SWT ketika ditimpa musibah sakit tenat dan malu meminta kurniaan kesembuhan kerana Baginda tidak pasti, adakah kesembuhan itu baik untuk agamanya atau sebaliknya.

Al-Quran menceritakan hal ini dalam firman Allah (SWT) SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia menyeru Tuhannya:

“(Ya Tuhanku), Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.”

(Surah al-Anbiya, ayat 83)

Sebagai seorang Nabi mengapa Baginda tidak terus meminta: Ya Allah (SWT) SWT, sembuhkanlah aku? Kerana keyakinannya kepada pilihan Allah (SWT) SWT, menyebabkan Baginda tidak berani memilih untuk dirinya sendiri.

Sebab kedua kenapa permintaan kita bertentangan dengan kehendak Allah (SWT) SWT ialah kerana Allah (SWT) SWT akan memakbulkan segala hajat di akhirat, kerana mungkin dunia tidak sesuai untuk mewujudkan apa yang menjadi keinginan kita.

Allah (SWT) Taala berjanji dalam al-Quran bagi sesiapa yang memilih akhirat dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian daripada keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat kelak.”

(Surah al-Syu’arak, ayat 20)

Betapa susahnya menaruh sangka baik kepada Allah (SWT). Biarlah musibah itu menjadi kafarah atas dosa kita. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiada seorang muslim menderita keletihan, penyakit, kesusahan hati, hingga duri tajam yang menusuk dan mengganggunya, melainkan semua itu akan menjadi penebus bagi dosa-dosanya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Namun ramai manusia yang beranggapan musibah itu kerana kutukan Allah (SWT) atau sebab ‘tulah’ kejahatannya kepada orang lain. Bukankah lebih baik kita menerima musibah di dunia daripada menderita seksaan akibat musibah di akhirat?

Sabda Baginda yang bermaksud:

“Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin, segala sesuatu untuk dirinya adalah baik. Tidak mungkin terjadi sedemikian melainkan ke atas orang mukmin saja. Jika mendapat nikmat dia bersyukur, jika menderita kesusahan dia bersabar.”

(Hadis riwayat Imam Muslim).

- Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my


SUMBER:
Mutiara Hati*

Sunday, January 27

Ibu VS Kekasih?

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.


ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

sayangilah mereka selagi mereka masih ada~

PATIENCE

"O ye who believe! seek help with patient perseverance and prayer; for Allah is with those who patiently persevere" (2:153)


We are constantly faced with trials and tribulations. These could include death of a close person, family or marriage problems, stress from work or exams etc.. In order to pass these trials successfully we need patience. Patience is one of the obligations of Islam and is considered half of Imaan. Allah the Exalted says in the Quran:

"And seek ((Allah)'s) help with patient perseverance and prayer" (2:45)

When you are faced with trials and hardships you should handle it with optimism and be patient, because in being patient you will stay firm to the truth and rely on Allah to help you. He is the best supporter and helper. Anas (R.A) reported that: The Messenger of Allah (PBUH) said, "When Allah intends good for His slave, He punishes him in this world, but when He intends an evil for His slave, He does not hasten to take him to task but calls him to account on the Day of Resurrection.'' [At-Tirmidhi]. This shows that a trial is also a blessing to man because his sins are forgiven in proportion to the trials he has to face and his reward is increased with the Will of Allah. Thus, a Muslim should always be patient and contented in the event of trial because without these qualities he will not have the privilege associated with them.

Abu Sa`id and Abu Hurairah (R.A) reported that the Prophet (PBUH) said: "Never a believer is stricken with a discomfort, an illness, an anxiety, a grief or mental worry or even the pricking of a thorn but Allah will expiate his sins on account of his patience". [Al-Bukhari and Muslim]. This shows Allah’s Grace and Mercy for Muslims. He turns the hardships and troubles He suffers into a means of expiation of his sins. But this is only possible if he’s patient. However, if he starts wailing instead of showing patience then he would be deprived of the reward he would gain if he’d been patient and instead may even take the burden of additional sins.

May Allah keep us patient at times of hardship, Keep my intentions pure and clear me of Hypocrisy. Ameen

by:

ahmad shafie

www.iluvislam.com

Saturday, September 29

Separuh Masa Kedua Piala TAQWA


“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa”

(Al-Baqarah 2: 183)

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ”

(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)


Sumber:

SAIFULISLAM